Skop Kebebasan Beragama Kebebasan beragama di Malaysia

Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

Perkara 11(1)

Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya

Perihal

Perkara 11 secara ringkasnya merupakan perkara yang menjamin hak kebebasan beragama bagi setiap individu di Malaysia. Perkara 11(1) pula memberikan dua jenis hak kepada warga Malaysia iaitu; hak menganut agama dan hak mengamalkan agama.

Hak menganut agama

  • Setiap orang diberikan hak kebebasan untuk menganut agama masing – masing di dalam negara Malaysia. Setiap individu yang telah menganut sebarang agama adalah terikat dan berkewajipan dengan peraturan agamanya. Hak beragama ini bukanlah bersifat mutlak bahkan ianya adalah berdasarkan perinsip agama masing – masing.
  • Namun begitu, dalam beberapa keadaan, pihak berkuasa telah mewujudkan keadaan di mana seseorang individu tersebut dihalang daripada menganut agama pilihan mereka masing – masing. Terdapat banyak kes - kes pengisytiharan keluar agama Islam dilaporkan berdasarkan kepada Perkara 11 (1) ini walau pun tafsirannya kepada orang yang menganut agama Islam adalah mereka bebas untuk mempraktikkan agamanya iaitu Islam dan tidak bebas keluar dari agama Islam itu sendiri kerana tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam negeri-negeri di Malaysia. Berdasarkan kes – kes yang telah dibincangkan (1-6) adalah semua Mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai bidang kuasa mengisytihar dan mengesahkan status agama seseorang sama ada semasa hidupnya atau selepas kematiannya. Walau bagaimanapun, tiada satu kaedah dan prosedur yang jelas dan seragam mengenai pendekatan yang sewajarnya digunakan oleh Mahkamah bagi menyelesaikan kes-kes permohonan status agama ini. Oleh itu, penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi memastikan pengendalian kes-kes permohonan status agama dan perisytiharan keluar agama memenuhi kehendak undang-undang dan selaras dengan kehendak hukum syarak.

    Kes-kes berkaitan

Lina Joy v Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia [2007] 4 MLJ 585 -

seorang wanita Islam telah mengaku keluar daripada Islam dan telah membuat rayuan untuk mengeluarkan perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalannya. Beliau mengemukakan permohonan berkanun untuk menyokong permohonan beliau. Kerani kaunter, walau bagaimanapun telah menolak untuk menerima permohonan beliau atas alasan bahawa ianya tidak lengkap tanpa perintah Mahkamah Syariah yang mengesahkan beliau telah meninggalkan Islam. Melalui saman pemula, perayu memohon relif di Mahkamah Tinggi memohon antara lainnya, untuk beberapa perintah deklarasi terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia berkenaan dengan hak beliau kepada kebebasan beragama, keperlembagaan seksyen 2 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993, keterterapan Enakmen Syariah kepada beliau yang menganut agama Kristian dan keperlembagaan undang-undang negeri dan persekutuan yang melarang keluar daripada Islam. Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar saman pemula dan menolak secara keseluruhan tanpa memberikan apa-apa remedi yang diminta perayu. Di Mahkamah Rayuan, isu-isu perlembagaan digugurkan dan rayuan difokuskan hanya atas isu undang-undang pentadbiran, ianya adalah, sama ada Ketua Pengarah JPN dengan sebenarnya melaksanakan budi bicara yang diletakkan hak kepadanya di bawah undang-undang. Secara majoriti, Mahkamah Rayuan menjawab dengan mengesahkannya. Beliau merayu sekali lagi. Namun begitu, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuannya dan menetapkan bahawa orang Islam mestilah menggunakan prosedur Mahkamah Syariah untuk meninggalkan Islam, sekiranya mereka hendak berbuat demikian secara rasmi.

Lim Chan Seng v Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang [1996] MLJU 500 -

kedua-dua plantif di dalam dua kes yang berlainan telah memohon, melalui saman pemula, satu deklarasi bahawa penolakan agama Islam yang dibuat oleh mereka melalui Suratikatan Pol bertarikh 12 Julai 1995 dan 25 Mei 1995 masing-masing adalah mengikut undang-undang dan sah. Plantif di dalam kes pertama menyatakan bahawa dia memeluk agama Islam pada 22 Febuari 1994 dan menukar namanya kepada Mohamad Alif Lim bin Abdullah. Kemudian pada 12 Julai 1995 dia membuat Suratikatan Pol menolak agama Islam dan menyatakan keinginannya untuk memakai nama Lim Chan Seng. Plantif dalam kes kedua mengatakan bahawa dia memeluk agama Islam pada 25 Mac 1988 dan menggunakan nama Norliza Valarummathy bte Abdullah. Kemudian pada 25 Mei 1995 dia membuat Suratikatan Pol menolak kepercayaannya dalam agama Islam dan menyatakan hasratnya untuk menggunakan nama Valarammathy d/o Ngamurthi. Mahkamah telah memutuskan bahawa tidak ada sebarang peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan isu berhubung halperkara murtad ataupun berhubung samada sesuatu peninggalan agama Islam itu sah atau sebaliknya. Selanjutnya, tidak ada peruntukan bahawa permohonan sepertimana yang dibuat oleh kedua-dua plaintif di sini, sekiranya permohonan sedemikian perlu dibuat, hendaklah dibuat kepada Mahkamah Syariah umpamanya. Adalah jelas bahawa, berdasarkan Enakmen 1993 ini, tiada bidang kuasa diberikan kepada Mahkamah Syariah di Pulau Pinang terhadap perkara yang dibangkitkan, dan oleh sebab itu, Mahkamah Sivil adalah tidak terhalang untuk mendengar dan membicarakan halperkara atau persoalan tersebut. Perkara ini telah menimbulkan kembali isu percanggahan bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn Siti Fatimah Tan Abdullah (Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang) [2009] JH 27 Bhg II 185 -

responden, seorang yang beragama Buddha, telah memeluk Islam apabila berkahwin dengan seorang lelaki rakyat Iran di Pulau Pinang. Setelah ditinggalkan oleh suaminya, responden ingin kembali ke agama asalnya dan dengan itu telah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi Syariah di bawah s. 61(3)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 untuk perisytiharan-perisytiharan bahawa beliau bukan lagi seorang yang beragama Islam dan bahawa Majlis Agama Islam Pulau Pinang, iaitu perayu di sini, hendaklah membatalkan Sijil Akuan Memeluk Islam yang telah dikeluarkan untuknya. Mahkamah telah menolak rayuan dan memutuskan bahawa Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen 2004 tidak bertujuan untuk membenarkan seseorang keluar dari Agama Islam. Berdasarkan peruntukan s. 107(1) Enakmen 2004 (mengenai proses pemelukan Islam), perkataan “bukan lagi” di dalam s. 61(3)(b)(x) tidak boleh diambil sebagai memberi kebenaran kepada seorang Islam keluar dari Agama Islam.  Peruntukan ss. 61(3)(b)(x), 107(1) dan 108 Enakmen 2004 adalah saling berkaitan. Sementara s. 107(1) menjelaskan mengenai pemelukan sah ke dalam Agama Islam dan s. 108 mengenai saat memeluk Agama Islam di mana sah atau tidaknya adalah bergantung kepada pematuhan kepada kehendak s. 107 , s. 61(3)(b)(x) memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengisytiharkan sesuatu pemelukan Islam dibawah s. 107(1) sah atau sebaliknya. Justeru, memandangkan proses pengIslaman responden tidak sempurna, maka beliau tidak boleh lagi dianggap sebagai orang Islam. Beliau kekal semula sebagai seorang Buddha dan kerana itu tidak boleh dituduh dengan kesalahan murtad.

Daud bin Mamat & Ors v Majlis Agama Islam Kelantan [2001]2 MLJ 390 -

merupakan kes yang melibatkan pemohon yang ingin keluar daripada agama islam. Pemohon telah membuat permohonan deklarasi bahawa pemohon mempunyai kebebasan mutlak dalam menganut dan mengamalkan agama yang dipililh berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan di abwah perkara 11(1). Mahkamah berpendapat bahawa ‘meninggalkan sesuatu agama bukan merupakan suatu agama atau boleh disamakan dengan hak ‘untuk menganut dan mengamalkan agama’. Mahkamah berpendapat lagi, untuk menerima bahawa tinggalkan suatu agama adalah sama dengan dengan tafsiran tersebut akan terlalu meluaskan skop perkara 11(1).

Md Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [1997] 4 CLJ Supp 419 -

isu yang telah diketengahkan adalah pemohon telah keluar islam melalui ‘deed poll’ dan menyatakan bahawa keputusannya itu adalah selari dengan peruntukan yang telah ditetapkan di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Abdul Kadir Sulaiman J telah memutuskan: ‘This matter of the plaintiff which involves the determination of his status upon his purported renunciation of the Islamic faith by the deed poll and the statutory declaration is outside the jurisdiction of this court to determine, on account of the ouster of the jurisdiction by art 121 (1A) of the Federal Constitution. By virtue of para 1 in List 11 of the Ninth Schedule to the Federal Constitution, the jurisdiction lies with the syariah court on its wider jurisdiction over a person professing the religion of Islam even if no express provisions are provided in the Administration of Islam Law (Federal Territories) Act 1993 ("the Act") because under art 74 of the Constitution, it is within the competency of the legislative to legislate on the matter. Its absent from the express provision in Act would not confirm the jurisdiction in the civil court. To my mind, the language of art 121(1A) used by the legislative is clear and without any ambiguity. The civil courts, in this case, the High Court, has no jurisdiction in respect of any matter that is within the jurisdiction of the syariah court.’

Soon Singh a/l Bikar Singh lwn. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) [1999] 1 MLJ 489 -

Dzaiddin FCJ yang memberikan penghakiman untuk Mahkamah Persekutuan telah menyatakan: ‘Therefore, when jurisdiction is expressly conferred on the matters to conversion to Islam, in out opinion, it is logical that matters concerning conversion out of Islam (apostasy) could be read necessarily implied in and falling within the jurisdiction of the Syariah Courts. One reason we can think of is that the determination of a Muslim convertee, conversion out of Islam involves inquiring into the validity of his purported renunciation of Islam under Islamic law in accordance with hokum syarak (Dalip Kaur). As in this case of conversion to Islam, certain requirements must be complied with under hokum syarak for a conversion out of Islam to be valid, which only the syariah courts are the experts and appropriate to adjudicate’

  1. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan lwn Hun Mun Meng [1992]2 MLJ 676
  2. Kamariah Ali lwn Kerajaan Kelantan [2002]3 MLJ 657
  3. Kamariah Ali dll lwn Kerajaan Negeri Kelantan dan satu lagi [2005]1 MLJ 197
  4. Priyathaseny & Ors v pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak & Ors [2003]2 MLJ 302
  5. Zubeydah bte Shaik Mohd lwn Kalaichelvan a/l Alagapan dll [2003]2 MLJ 471
  6. Tongiah Jumali & Anor v Kerajaan Negeri Johor & Ors [2004]5 MLJ 40

Hak mengamalkan agama

  • Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing serta berhak untuk mengembangkan ajaran agama masing-masing. Dalam hal yang berkaitan dengan mengamalkan agama, terdapat beberapa kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. 

Kes-kes berkaitan

Meor Atiqulrahman bin Ishak & Lain-lain v Fatimah bin Sihi & Lain-lain [2006]4 MLJ 605 -

kes ini berkaitan dengan kebebasan hak asasi yang menyentuh tentang hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes ini, plaintif-plaintif mendakwa bahawa mereka telah dibuang sekolah kerana memakai serban. Oleh itu, pihak plaintif telah memohon kepada mahkamah untuk membuat satu perisytiharan bahawa pembuangan sekolah tersebut adalah tidak sah, terbatal dan tidak berkesan. Mereka juga menuntut agar diterima semula di sekolah tersebut. Manakala, di pihak defendan pula mereka menegaskan bahawa pembuangan sekolah tersebut adalah sah kerana para plaintiff didakwa telah melanggar peraturan sekolah di mana mereka telah melanggar peraturan di bawah 3(f)(v) Peraturan Sekolah 1997, yang disediakan oleh gurubesar sekolah itu menurutSurat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975, Kementerian Pelajaran. Surat Pekeliling itu, antara lain, memperuntukkan: 'Gurubesar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing'. Mahkamah memutuskan untuk menerima permohonan para plaintiff kerana:

a) Gurubesar tidak mempunyai bidang kuasa untuk melarang semua murid memakai serban. Tindakan gurubesar dikatakan telah melampaui batas kuasanya dalam menentukan polisi mengenai peraturan pakaian seragam sekolah kerana hak itu hanya dimiliki oleh Kementerian sahaja. Kementerian tidak melarang pemakaian serban ke sekolah seperti yang terkandung di dalam Peraturan Pakaian Seragam Bil 3/1983. Ini menjadikan larangan itu tidak sah, terbatal dan tidak berkesan.

b) Tindakan gurubesar yang tidak memberi notis kepada para plaintiff untuk memberikan tunjuk sebab atau memberi peluang untuk didengar telah menjadikan para plaintif tidak mendapat pertimbangan yang sewajarnya untuk dikenakan hukuman lain selain daripada hukuman buang sekolah.

c) Plaintif-plaintif tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang untuk didengar melalui penjaganya. Oleh itu, pem-buangan sekolah mereka tidak sah, terbatal dan tidak berkesan. Mahkamah mengarahkan mereka diterima balik di sekolah itu dan memerintahkan defendan membayar gantirugi dan kos.

d) Setiap orang Islam mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan ugamanya kerana hak ini terjamin di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Tindakan gurubesar melarang para plaintiff memakai serban ke sekolah adalah bercanggah di bawah Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan. Percanggahan ini telah menyebabkan larangan gurubesar tersebut menjadi menjadi tidak sah dan terbatal. Larangan itu tidak berkaitan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak di bawah perkara 11(5) yang mengatasi perkara 3 dan 11

e) Kes memakai purdah berbeza dengan kes memakai serban. Seorang memakai purdah tidak dapat dicam atau dikenal pasti. Seorang yang memakai serban boleh dicam. Seorang yang memakai purdah boleh menjejaskan keselamatan awam tetapi tidak bagi seseorang yang memakai serban.

f) Memakai serban adalah sah di sisi hukum syarak dan tidak pula tak sah di sisi undang-undang sivil bagi orang Islam mau pun bagi orang bukan Islam. Maka, memakai serban adalah sah menurut Perlembagaan.

Halimatusaadiah v Public Service Comission, Malaysia [1994] 3 MLJ 61 -

perayu yang merupakan seorang kerani di Jabatan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, telah memakai ‘purdah’ semasa waktu pejabat, bertentangan dengan surat pekeliling kerajaan yang melarang pegawai awam wanita daripada memakai pakaian yang menutup muka semasa bekerja. Lembaga Tatatertib Jawatan Kumpulan ‘C’, Jabatan Peguam Negara (‘lembaga tatatertib itu’) telah membuat keputusan bahawa tindakan tatatertib patut diambil terhadap beliau dengan tujuan memecatnya dan telah memberitahu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (‘SPA’) tentang keputusannya. Setiausaha SPA telah meminta perayu supaya menunjukkan kausa mengapa beliau tidak seharusnya dipecat. Jawapan perayu telah memberikan sebab-sebab mengapa beliau memakai ‘purdah’ dan memberikan petikan ayat daripada Al-Quran. SPA telah membuat keputusan untuk memecat perayu daripada perkhidmatan kerajaan di bawah perintah am 26, Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980 (‘PA ‘D’’). Perayu telah membawa suatu tindakan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keesahan pemecatannya oleh SPA. Tindakan itu telah dibuang. Perayu telah membuat rayuan atas alasan bahawa:

a) keputusan untuk memecat beliau sebenarnya telah dibuat oleh lembaga tatatertib itu dan bukannya SPA, yang pada hakikatnya merupakan kuasa tatatertib yang berkenaan di bawah perintah 26 PA ‘D’;

b) beliau tidak diwajibkan untuk mematuhi surat pekeliling itu kerana ianya tidak menyatakan perkataan ‘purdah’;

c) hak perlembagaan beliau di bawah perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk menganuti dan mengamalkan agamanya telah dilanggar; dan

d) beliau terpaksa memakai purdah untuk mengelakkan ‘fitnah’ terhadapnya kerana, menurut Surah 24, seorang wanita Islam mesti sentiasa menutup mukanya, kecuali matanya.

Mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan perayu kerana:

a) SPA telah mematuhi perintah 24 dan 26 PA ‘D’ dengan ketat prosedur yang digunakan oleh lembaga tatatertib. Lembaga tatatertib telah memutuskan bahawa tindakan pemecatan terhadap perayu harus diambil dan telah merujuk perkara tersebut kepada pihak SPA. Perayu telah diberikan peluang yang sepenuhnya untuk membela diri apabila diberi surat tunjuk kausa. Setelah mempertimbangkan pembelaan perayu dengan sewajarnya, pihak SPA kemudiannya membuat keputusan untuk memecat beliau. Oleh itu, perayu telah gagagl di alasannya yang pertama.

b) Surat pekeliling tidak mengandungi sebarang ketaksaan yang melarang pegawai awam wanita memakai sebarang pakaian yang menutup muka. Purdah bermaksud kain atau tirai yang menutup seorang perempuan supaya tidak dapat dilihat atau kain yang untuk menutup muka seseorang perempuan. Perayu tidak boleh menyatakan bahawa surat pekeliling tersebut tidak jelas kepada perayu ataupun beliau tidak memahami maksud dan tujuannya.

c) Kebebasan agama yang dijamin di bawah perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak kerana perkara 11(1) tidak membenarkan sebarang tindakan yang bertentangan dengan sebarang undang-undang am berkaitan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan. Larangan terhadap seseorang pegawai awam wanita untuk memakai pakaian yang menutup mukanya semasa bekerja tidak menjejaskan hak perlembagaan perayu untuk mengamalkan agamanya. Pemakaian purdah tidak kena-mengena dengan hak perlembagaan perayu untuk menganuti dan mengamalkan agama Islam.

d) Pentafsiran perayu tentang Surah 24 disalah tanggap. Di dalam keadaan sedemikian, hakim itu bertindak secara betul apabila menolak aspek ini dalam keterangan perayu berkenaan dengan pemakaian purdah.

Zakaria Abdul Rahman v Ketua Polis Negara [2001]3 MLJ 385 -

plaintiff di dalam kes ini, Cif Zakaria Abdul Rahman merupakan seorang kakitangan awam telah memohon kepada pihak defendan iaitu Ketua Polis Negara untuk mengahwini seorang perempuan yang bernama Puziah Ariffin sebagai isteri beliau yang kedua. Bagaimanapun, permohonan plaintiff telah ditolak oleh defendan dan plaintiff telah dinasihatkan oleh defendan untuk memutuskan hubungannya dengan perempuan tersebut. Plaintiff tidak mengendahkan amaran tersebut dan tetap meneruskan hubungan dengan perempuan tersebut. Oleh itu, plaintiff telah dihadapkan kepada pihak berkuasa disiplin kerana gagal mematuhi arahan pegawai atasannya. Plaintiff menerima keputusan yang diberikan pihak berkuasa disiplin serta hukuman yang dikenakan. Walau bagaimanapun, plaintiff tetap mengahwini perempuan berkenaan dan hal ini telah menyebabkan plaintiff dihadapkan ke pihak berkuasa disiplin sekali lagi. Dalam prosiding yang kedua ini, plaintiff telah dihadapkan atas dua pertuduhan, iaitu, yang pertama, plaintiff meneruskan hubungannya dengan perempuan berkenaan dan yang kedua plaintiff telah mencemarkan imej perkhidmatan awam melalui tingkah lakunya. Plaintiff kemudian menghujahkan di mahkamah bahawa hak beliau di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli dan hukuman yang dikenakan oleh pihak defendan adalah keterlaluan. Mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan plaintiff keran hujah plaintiff mengenai hak kebebasan beragama mengenai perkahwinan poligami dalam kalangan lelaki Islam hanyalah sesuatu yang harus dan bukannya merupakan satu kewajipan agama yang bersifat kemestian. Oleh itu, tidak salah sekiranya pihak defendan seperti badan berkuasa disiplin polis mewajibkan para anggota polis seperti plaintiff memohon kebenaran untuk berkahwin lagi

Muniandy A/L Subramaniam & Ors v Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan & Anor -

berkisar tentang satu permohonan injunksi interlukotori yang dimohon oleh para plaintif kepada mahkamah kerana para defendan di dalam kes ini kuil Sri Muniswaran yang terletak di Jalan Kisap, Kuah, Kedah. Isu yang dibangkitkan di dalam kes ini ialah:

a) Sama ada satu pihak berkuasa tempatan adalah satu jabatan kerajaan dan

b) jika satu pihak berkuasa tempatan adalah satu jabatan kerajaan, sama ada satu injunksi interim boleh dikeluarkan terhadap mereka di bawah Akta Relief Spesifik 1950.

Keputusan mahkamah terhadap kes ini ialah:

a) Berdasarkan Akta Prosiding Kerajaan1956, Akta Tafsiran 1948 dan 1967, sebuah pihakberkuasa tempatan bukan satu jabatan kerajaan dan oleh itu tidak termasuk dalam lingkungan s 54 Akta Relief Spesifik 1950. Secara alternatifnya, jika pihak berkuasa tempatan sememangnya satu jabatan kerajaan, s 54(d) Akta Relief Spesifik 1950 yang terpakai ke atas kedua-dua injunksi muktamad dan interim akan menghalang mahkamah daripada memberikan yang sama (lihat ms 184E-F).

b) Pada asas bahawa pihak berkuasa tempatan bukan satu jabatan kerajaan, apa yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada terdapat satu persoalan yang serius yang perlu dibicarakan dan untuk mempertimbangkan persoalan imbangan kemudahan (lihat ms 184G).

c) Berdasarkan fakta-fakta kes, kuil tersebut tiada kepentingan atau status sah atas tanah tersebut dan berdasarkan fakta dan undang-undang, ia tidak lebih daripada satu setinggan yang dibenarkan berada di situ oleh defendan kedua sehingga tanah tersebut diperlukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuannya. Kewujudannya yang berterusan adalah satu kesalahan di bawah s 425 Kanun Tanah Negara. Oleh itu tidak terdapat persoalan serius untuk dibicarakan (lihat ms 187D-E).

Pedik Busu & Yang Lain v Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang & Yang Lain -

berkaitan tentang isu yang dibangkitkan oleh pihak plaintiff mereka telah membina sebuah bangunan untuk tujuan rumah ibadat bagi penduduk yang beragama Kristian. Pada 11 April 2007, defendan kedua menghantar notis kepada mereka supaya menghentikan pembinaan rumah ibadat itu dan seterusnya merobohkannya dalam tempoh dua minggu. Pada 19 April dan 24 Mei 2007, mereka menerima dua notis lagi daripada defendan pertama supaya merobohkan bangunan itu dalam tempoh 30 hari. Pada 4 Jun 2007, seramai lebih kurang 20 orang kakitangan defendan pertama yang disertai oleh anggota polis dan RELA telah merobohkan bangunan rumah ibadat itu. Oleh itu, isu yang dibangkitkan dalam kes ini ialah sama ada:

a) pihak berkuasa tempatan atau negerimempunyai kuasa yang sah merobohkan bangunan rumah ibadatitu;

b) binaan rumah ibadat itu termasuk dalam hak-hak adat danbudaya Orang Asli;

c) binaan rumah ibadat itu dibenarkan dibawah peruntukan undang-undang yang sedia ada; Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 (‘Akta’) dan Kanun Tanah Negara(‘KTN’) terpakai kepada tanah orang-orang Asli; dan

d) defendan - defendan mematuhi notis-notis yang diberikan kepada plaintif plaintif.

Keputusan mahkamah berpihak kepada plaintiff-plaintiff. Hal ini demikian kerana:

a) Seksyen 1(6) Akta membenarkan pihak berkuasa tempatan seperti defendan pertama menyelia dan memantau tanah Orang Asli jika kawasan itu diwartakan. Defendan ketiga telah mewartakan Mukim Ulu Nenggiri dalam kawasan seliaan defendan pertama. Pemakaian Akta adalah menyeluruh dan mengatasi Akta Orang Asli 1954. Ini bererti defendan pertama mempunyai kuasa merobohkan sesuatu bangunan yang dibina dalam bidang kuasanya jika bangunan itu tidak mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh undang-undang.

b) Rumah ibadat tidak termasuk dalam hak adat dan budaya Orang Asli kerana memeluk agama Kristian adalah amalan baru dan bukan amalan turun temurun nenek moyang mereka.

c) Pembinaan rumah ibadat adalah dibenarkan di bawah undang undang, namun ia perlu mematuhi peruntukan undang-undang yang sedia ada. Perkara 11(3)(c) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dengan jelas bahawa “Every religious group has the right to acquire and own property and administer it in accordance with law”. Namun dalam kes ini plaintif-plaintif tidak membuat permohonan untuk kelulusan bangunan tersebut.

d) Menurut s. 5 KTN ia jelas bahawa tanah-tanah masih tanah Kerajaan. Hak milik tanah itu masih belum diberikan atau dikeluarkan kepada plaintif-plaintif, dan mereka tidak mengemukakan bukti yang tanah itu dikeluarkan hak milik kepada mereka. Mahkamah Rayuan dalam kes Kerajaan Negeri Selangor & Ors v. Sagong Tasi & Ors memutuskan bahawa KTN tidak terpakai ke atas tanah adat Orang Asli berdasarkan s. 4(2) KTN. Isunya ialah sama ada hartanah yang dipertikaikan itu tanah adat Orang Asli, dan jawapannya ialah tidak. Kawasan itu masih tanah RPS (Rancangan Penempatan Semula) yang belum diberi hak milik. Ia bukan tanah adat. Namun begitu, Akta adalah terpakai kepada tanah yang dipertikaikan dalam kes ini seperti yang dijelaskan dalam isu pertama di atas.

e) Defendan pertama tidak mematuhi notis-notis yang diberikan olehnya. Ia tidak menunggu tempoh masa 30 hari yang diberikan kepada plaintif-plaintif dalam notis-notis itu tetapi sebaliknya merobohkan bangunan rumah ibadat itu sebelum tempoh notis tamat. Ini tidak wajar dilakukan. Jika notis diberi dalam tempoh yang ditetapkan, notis itu hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan seandainya plaintif-plaintif tidak mematuhi notis yang diarahkan. Defendan kedua mengarahkan plaintif merobohkan rumah ibadat itu dalam tempoh dua minggu dari tarikh notis 11 April 2007. Namun terdapat juga dua notis lagi yang memberi tempoh 30 hari, dan defendan pertama bertindak bersama dengan defendan kedua, maka adalah wajar, “benefit” notis 30 hari diberikan kepada plaintif-plaintif. Hak plaintif-plaintif sepatutnya dihormati.

Marcel Jude Ms Joseph v Sabah Legislative State Assembly -

plaintiff telah menyaman pihak defendan atas alasan bahawa Dewan Perundangan Negeri Sabah tidak menghormati hak beliau sebagai seorang Kristian apabila pihak DUN Sabah telah meminda Holiday Ordinance in Sabah pada tahun 1978. Pemindaan tersebut berkaitan dengan pemansuhan Hari Easter dan Boxing Day. Menurut beliau, pemindaan ini telah mengancam hak kebebasan beragama beliau di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Plaintiff menghujahkan bahawa pemindaan itu merupakan suatu tindakan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, antara isu yang dibangkitkan ialah sama ada:

a) Pemindaan terhadap Ordinan tersebut adalah tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri;

b) Pemindaan tersebut mempunyai konflik dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri itu sendiri;

  • Keputusan mahkamah adalah seperti berikut:

    a) Defendan mempunyai hak untuk melakukan pemindaan terhadap Ordinan tersebut. Perkara ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Item 8 Jadual Kesembilan pula berkaitan dengan cuti negeri. Hal ini bermakna perkara pokok yang berkaitan dengan cuti negeri adalah di dalam bidang kuasa defendan.

    b) Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan tidak mengisytiharkan apa-apa cuti keagamaan sebagai cuti umum. Oleh itu, adalah tidak relevan untuk berkata bahawa pemansuhan cuti umum keagamaan berkonflik dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga Negeri.

    c) Perkara 11 tidak memperuntukkan apa-apa hak yang berkenaan dengan cuti umum upacara keagamaan. Hak untuk menganuti dan mengamalkan sesuatu agama itu tidak termasuk dalam cuti hari upacara kegamaan kecuali disahkan oleh kenyataan undang-undang. Hak di bawah Perkara 11 tidak boleh diperluaskan sehingga melanggar batas

Penentuan Agama Si Mati

Re Mohd Said Nabi [1965]MLJ 121 -

Dalam kes ini. Ahli keluarga si mati inginkan deklarasi bahawa si mati bukanlah seorang yang beragama islam memandangkan si mati telah memakan khinzir dan meminum minuman beralkohol semasa masih hidup. Menurut Chua H di Mahkamah tinggi Singapore, satu ujian yang dilakukan ialah , sekiranya Said Nabi masih hidup, soalan yang akan ditanya ialah apakah agama yang sedang dianutinya. Dan jawapan kepada soalan tersebut adalah , Said Nabi sentiasa mengaku bahawa dirinya merupakan seorang yang beragama Islam. Pada masa tersebut , masih belum ada pindaan artikel 121(1A) perlembagaan persekutuan yang membolehkan mahkamah tinggi Singapore yang membuat keputusan dan pada masa tersebut juga, singapore masih lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Ng Wan Chan v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Anor [1991] 3 MLJ 174 -

Kes ini mempunyai fakta kes yang lebih kurang sama dengan kes Dalip Kaur. Namun, hakim menganggap kelakuan si mati dalam kes ini sebagai faktor penentu dalam memutuskan bahawa si mati bukan lagi seorang Muslim. Hakim memutuskan bahawa Murtad bermaksud seorang muslim yang melepaskan ikatan terhadap agamanya (Islam) sama ada dengan jelas mengisytiharkan bahawa dia bukan lagi seorang Islam atau dengan kelakuannya yang jelas menunjukkan bahawa dia bukan seorang Muslim.

Dalip Kaur v Pegawai Polis Daerah Bukit Mertajam [1992]1 MLJ 1 -

Pemohon ingin memohon deklarasi bahawa anaknya iaitu Gurdev Singh s/o Guruvak Singh iaitu si mati adalah seorang yang bukan beragama Islam dan ingin menuntut mayat anaknya dari Hospital Daerah Bukit Mertajam. Si mati dilahirkan beragama Sikh dan dibesarkan dengan cara hidup orang Sikh. Si mati tinggal bersama ibunya di Kulim, Kedah. Mayat si mati ditemui di Kubang Semang, Bukit Mertajam. Si mati mempunyai teman wanita yang bernama Siti Noraini yang berkerja di tempat yang sama dengan si mati.

Permohonan Perisytiharan Status Agama Simati Mohamad Abdullah @ Moorthy a/l Maniam [2006]JH 21 Bhg II 210 -

Dalam kes ini, si mati telah meninggal dunia pada 20 Disember 2005. Pemohon telah mengahadapi masalah dalam urusan untuk mengebumikan si mati kerana kedudukan agama si mati memerlukan perintah mahkamah. Dua isu penting dalam permohonan ini adalah mengena bidangkuasa mhkamah syariah dan yang kedua sama ada si mati beragama islam atau sebaliknya. Mahkamah telah memutuskan bahawa si mati merupakan seorang yang beragama islam dan perlulah dikebumikan mengikut hukum syarak. Si mati dikatakan tidak menukar agama ke agama Islam pada 1 Jun 1991 di hadapan kadi di Kulim. Pendaftaran penukaran si mati juga tidak dikatakan berdaftar dengan Majlis Agama Islam Kedah menurut seksyen139 Enakmen Pentadbiran Islam 1962 negeri Kedah.si mati telah keluar dari agama Islam menurut buti yang dikemukakan iaitu dokumen bertandatangan.  Amalan si mati sebelum meninggal dunia adalah menurut kepercayaan agama Sikh. Si mati telah dibaptiskan oleh paderi Sikh di sebuah kuil Sikh di Kulim kira-kira sebulan sebelum kematian si mati. Si mati juga telah menghadiri kuil Sikh secara kerap dan makan daging khinzir. Mahkamah memutuskan bahawa dokumen ataupun deed poll yang wujud adalah bukan hasil tandatangan si mati. Hakim juga rayuan adik si mati dan menolak bukti yang diberi paderi Sikh tersebut berkatian penbaptisan si mati. Hakim telah menolak rayuan ini atas sebab-sebab yang berbeza. Persoalannya adalah sama ada si mati telah murtad ketika beliau masih hidup. Murtad adalah seseorang yang tidak lagi patuh kepada agama Islam dan melakukan atau mengatakan sesuatu yang menyebabkan beliau jatuh ke dalam kekufuran. Tidak ada perbezaan murtad yang boleh diwujudkan sama ada beliau murtad dengan sengaja atau tanpa niat.

Kaliammal Sinnasamy lwn Pengarah Jabatan Agama Islam WP [2006]1 CLJ 753 -

Dalam kes ini, pemohon, iaitu isteri si mati ingin meminta deklarasi yang mengesahkan bahawa si mati merupakan seorang yang beragama Hindu dan bukannya beragama islam. Pemohon telah membawa beberapa bukti penting seperti cara hidup si mati dan sebagainya dan ingin membuktikan bahawa si mati bukanlah seorang yang beragama Islam. Menurut Hakim Raus Sharif, memandangkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa simati adalah seorang Islam, maka mahkamah sivil tidak mempunyi bidangkuasa untuk menyemak dan membatalkan perintah Mahkamah Syariah atau tidak menghiraukan sama sekali perintah tersebut. Di sini dapat kita lihat bahawa bidangkuasa penentuan agama sesorang itu Islam ataupun tidak adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah dan bukannya mahkamah sivil.

Permohonan Perisytiharan Status Agama Simati Nyonya binti Tahir [2006]JH 21 Bhg II 221 -

Nyonya Tahir atau nama asalnya Wong Ah Kiu adalah seorang wanita yang dilahirkan Islam tetapi dibesarkan dalam agama Buddha. Selepas kematian beliau, cara pengebumian telah menjadi isu yang dibangkitkan di mahkamah sama ada beliau patut dikebumikan secara Islam atau mengikut pengebumian agama Buddha. Hal ini telah membangkitkan isu kebebasan beragama di negara Malaysia. Menurut anak-anak Nyonya Tahir, ibu mereka mengamalkan amalan dan kepercayaan agama Buddha. Beliau makan hidangan daging khinzir dan mengamalkan budaya hidup bangsa Cina. Kad pengenalan anak-anak beliau direkodkan sebagai berbangsa Cina tetapi kad pengnalan beliau sendiri merekodkan bangsa Melayu. Beliau telah memohon untuk menukar nama dan agama beliau dalam kad pengenalan pada tahun 1986. Kematian beliau pada tahun 2006 telah menyebabkan anak-anak beliau menuntut untuk mengebumikan beliau mengikut agama Buddha tetapi telah dihalang oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Namun, mahkamah telah mendengar testimony oleh anak-anak beliau yang mengatakan bahawa beliau hidup dan mati sebagai seorang Buddha, diikutu dengan agama beliau yang bukan beragama Islam ketika beliau meninggal. Mahkamah memutuskan untuk membenarkan keluarga beliau mengebumikan beliau mengikut upacara pengebumian agama Buddha. Kes ini merupakan kes pertama yang membicarakan seorang bukan Islam di mahkamah Syariah di Malaysia. Walaupun seorang yang bukan beragama Islam tidak boleh untuk memohon untuk membuka kes di mahkamah Syariah, mereka masih boleh dibicarakan di situ. Keputusan ini menerima kritikan di mana ianya telah menyalahi Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu menyalahi hak kebebasan beragama. Kes ini juga telah menjadi penanda aras tentang kepentingan bertanyakan kepada keluarga sama ada si mati beragama Islam ataupun tidak semasa kematian dan melalui cara hidup beliau.

Rujukan

WikiPedia: Kebebasan beragama di Malaysia http://www.abc.net.au/foreign/content/2006/s178938... http://www.abigmessage.com/malaysia-no-to-christia... http://www.aliran.com/oldsite/monthly/2004b/9e.htm... http://asiasentinel.com/index.php?option=com_conte... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronolog... http://malaysiatanahairku.blogspot.com/2006/12/peg... http://www.boston.com/news/world/asia/articles/200... http://www.catholicasiannews.com/07aug/aug07cover2... http://www.christiantoday.com/article/malaysia.chr... http://www.cookministries.com/international/traini...